12 September, 2009

UMNO salah, KeADILan betul !

Murid : Selamat
pagi, cikgu.

Cikgu :
(Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja? Petang dan
malam awak doakan saya tak
selamat?

Murid : Selamat
pagi, petang dan malam cikgu!

Cikgu : Panjang
sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata
selamat sejahtera! Senang dan penuh bermakna.
Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan
keadaan.

Murid : Selamat
sejahtera cikgu!

Cikgu : Sama-sama, duduk! Dengar
sini baik-baik. Hari ini cikgu nak uji
kamu semua tentang perkataan berlawan.
Bila cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua mesti
menjawab dengan cepat, lawan
bagi perkataan-perkataan itu,
faham?

Murid : Faham,
cikgu!


Cikgu : Saya tak
mahu ada apa-apa gangguan.


Murid :
(senyap)


Cikgu :
Pandai!

Murid :
Bodoh!

Cikgu :
Tinggi!

Murid :
Rendah!

Cikgu :
Jauh!

Murid :
Dekat!

Cikgu :
Keadilan!

Murid :
UMNO!

Cikgu :
Salah!

Murid :
Betul!

Cikgu :
Bodoh!

Murid :
Pandai!

Cikgu :
Bukan!

Murid :
Ya!

Cikgu : Oh
Tuhan!

Murid : Oh
Hamba!

Cikgu : Dengar
ini!

Murid : Dengar
itu!

Cikgu :
Diam!

Murid :
Bising!

Cikgu : Itu
bukan pertanyaan, bodoh!

Murid : Ini
ialah jawapan, pandai!

Cikgu : Mati
aku!

Murid : Hidup
kami!

Cikgu : Rotan
baru tau!

Murid : Akar
lama tak tau!

Cikgu : Malas
aku ajar kamu!

Murid : Rajin
kami belajar cikgu!

Cikgu : Kamu
gila!

Murid : Kami
siuman!

Cikgu : Cukup!
Cukup!

Murid : Kurang!
Kurang!

Cikgu : Sudah!
Sudah!

Murid : Belum!
Belum!

Cikgu : Mengapa
kamu semua bodoh sangat?

Murid : Sebab
saya seorang pandai!

Cikgu : Oh!
Melawan!

Murid : Oh!
Mengalah!


Cikgu : Kurang
ajar!

Murid : Cukup
ajar!

Cikgu : Habis
aku!

Murid : Kekal
kami!

Cikgu : O.K.
Pelajaran sudah habis!

Murid : K.O.
Pelajaran belum bermula!

Cikgu : Sudah,
bodoh!

Murid : Belum,
pandai!

Cikgu :
Berdiri!

Murid :
Duduk!

Cikgu : Saya
kata UMNO salah!

Murid : Kami
dengar KeADILan betul!

Cikgu : Bangang
kamu ni!

Murid : Cerdik
kami tu!

Cikgu :
Rosak!

Murid :
Baik!

Cikgu : Kamu
semua ditahan tengah hari
ini!

Murid :
Dilepaskan tengah malam itu!

Cikgu : (Senyap
dan mengambil buku-bukunya keluar.)

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home