17 March, 2007

The Star and the Liar

In today MStar :

Video papar Altantuya bersama anak cacat

Satu klip video memaparkan kehidupan wanita warga Mongolia yang dibunuh di Puncak Alam Oktober lepas, Altantuya Shariibuu, kini boleh ditonton di sebuah blog seorang aktivis Malaysia.

Video itu diterbitkan oleh Shariibuu Setev, bapa kepada mangsa pembunuhan yang menggemparkan itu, diperolehi oleh Susan Loone, seorang koordinator di pertubuhan hak asasi Forum Asia di Bangkok.

Susan, dulu seorang wartawan, berkata video lebih empat minit itu hanya memaparkan kandungan berunsur "human interest" dan tidak mengandungi sebarang maklumat baru berhubung kes berkenaan.

Video yang diklasifikasi sebagai dokumen peribadi itu dimuatkan di laman video popular Youtube.com, namun hanya boleh diakses melalui blognya May the Truth Save Us All (sloone.wordpress.com).

"Video itu dihantar kepada saya untuk digunakan secara khusus di blog saya... Ia hanya untuk memperingati Altantuya, tiada sebab lain," katanya ketika dihubungi mStar Online semalam.

Difahamkan Shariibuu menghantar video yang turut memuatkan rakaman anak lelaki Altantuya berusia tiga tahun itu melalui salah seorang teman rapatnya di Mongolia, setelah Susan memintanya berbuat demikian.

"Encik Shariibuu mula membuat rakaman tersebut pada Disember 2006. Rakaman video Atanshagai juga dibuat pada bulan itu," katanya.

Dalam video tersebut, Shariibuu turut bertindak sebagai penyampai suara latar sewaktu menerangkan imej dan rakaman di dalamnya.

"Altantuya mengorbankan dirinya demi kepentingan orang lain," kata Shariibuu yang berbahasa Mongolia dalam video itu, seperti ditranskripkan di blog Susan, dan menyifatkan anaknya itu sebagai seorang wanita muda Mongolia yang baik tetapi dibunuh secara kejam.

Video berkenaan juga memberi beberapa maklumat mengenai hubungan antara Altantuya dan keluarganya serta kelayakan akademik bermula daripada pendidikan awal di Chimkent, Russia.

“Dia sering membebankan dirinya dengan kerja, untuk membalas budi orang tuanya, untuk membesarkan anaknya dan menyekolahkan saudara perempuannya," kata Shariibuu, pengarah maklumat dan pendidikan di Universiti Kebangsaan Mongolia.

Katanya lagi, Altantuya gembira dengan kehidupannya sebagai seorang ibu tetapi bebannya juga semakin bertambah setelah melahirkan anak lelaki pertamanya Mungunshagai, 9, hasil hubungannya dengan Maadai, 32, seorang penyanyi hip hop.

“Kemudian, Altantuya melahirkan anaknya yang kedua (Aganshagai) dan berusaha keras untuk memeliharanya sebagai budak lelaki yang sihat."

DNA Aganshagai dilaporkan akan diperiksa hari ini oleh pasukan khas daripada Malaysia dan keputusan mengenainya bakal diketahui pada Sabtu.

Di blognya, Susan menyatakan video ini boleh menambahkan maklumat, khususnya melalui imej, tentang Altantuya yang selama ini dikenali sekadar sekeping foto kecil yang dimuatkan di akhbar dan sumber-sumber polis.

"Tertarik dan ingin tahu lebih mendalam tentang wanita ini, saya menjejak semula kehidupannya di tanah penuh daya tarikan Mongolia dan cuba memahami wanita ini di sebalik tabir berita dan cerita yang sensasi dan tanpa asas. Ia bukanlah kerja yang mudah," katanya.

Menurut blog itu, video tersebut agak sukar diakses semalam dan masalah itu kini sudah diatasi. (Source)



A video clip of Mongolian beauty Altantuya Shaariibuu, whose body was blown up in Shah Alam last October, has been posted on the popular video sharing website YouTube.

The four-minute video compiles some of her pictures with a narration in Mongolian by her father, Dr Shaariibuu Setev.
Former journalist and blogger Susan Loone, who posted the video on www.youtube.com, said the video was only a human-interest piece and there was no new information about her murder case.

Loone also posted an English translation of the narration on her blog May the Truth Save Us All (sloone.wordpress.com).

When contacted by mStar, the Malay news portal of The Star, she said:

“The video was specifically meant for me to use on my blog. It is to remember Altantuya. There’s no other reason.

“Dr Shaariibuu started making the video in December 2006. The video recording of Atanshagai (Altantuya’s three-year-old son) was also made in that month.”

mStar learned that Dr Shaariibuu had sent the video to Loone, which contained recordings of Atanshagai, through a close friend in Mongolia after she asked for it.

According to the English transcription in Loone’s blog, Dr Shaariibuu described his late daughter as someone who had “a rare nature, did not begrudge her friends and sacrificed herself for the sake of others.”

He said she was “a nice Mongolian girl who got killed by cruel murderers.”

Dr Shaariibuu said Altantuya was happy with her life as a mother although her burdens grew after giving birth to her first son (Mungunshagai, nine), following her relationship with hip hop singer Maadai, 32.

It was reported that her second son Atanshagai’s DNA was tested on Thursday and the result would be known today.


You see, that's the power of bloggers liars !



Meanwhile, Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi smiled when asked if he had found a bride.

Lifting his hands to his ears, he said it was too late for reporters to ask the question.

“The press conference is over. It is too late,” he said as he walked away with a grin.

Abdullah had recently said that rumours regarding his marriage were just that – rumours.

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home