21 April, 2007

Rombongan Tan Sri Khalid diserang oleh Pemuda Umno di Ijok

JOK (21 April) - Apabila meninggalkan Batu 8, Kg Ijok pada pukul 3 petang, rombongan Tan Sri Khalid Ibrahim dikepung oleh ahli-ahli Pemuda Umno yang bertindak ganas dan tidak terkawal.

Ketika rombongan tersebut mula bertolak, pemuda-pemuda Umno mengepung kereta dan mengacau ahli rombongan secara verbal dan fizikal, termasuk menendang kereta-kereta ahli rombongan.

Selain daripada mencuba merampas kamera dua orang jurugambar yang mengiringi Tan Sri Khalid, pemuda Umno juga membaling botol-botol air mineral terhadap kereta mereka, seperti yang dilakukan pada hari percalonoan.

Satu botol terkena seorang jurugambar tersebut. Akibatnya, cermin mata jurugambar tersebut pecah dan mukanya luka.

Tan Sri Khalid kesal, tetapi tidak hairan langsung dengan tindakan liar ini di restoran berdekatan markas Pemuda Umno - "Kita sudah lama sedar bahawa memang begitulah perilaku Pemuda Umno - tidak berdisiplin, tidak matang, dan ganas sekali."

Maklumat selanjutnya masih sedang dikemaskinikan.

(from: Keadilan website)

More here and here.

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home