29 September, 2006

LKY Has Hidden Motives In Accusing M'sia Of Marginalising Chinese

LKY Has Hidden Motives In Accusing M'sia Of Marginalising Chinese

Information Minister Datuk Zainuddin Maidin said today Singapore Minister Mentor Lee Kuan Yew had ulterior motives in accusing Malaysia of marginalising the Chinese community when he himself had killed the Chinese culture in his own country.

"I think he wanted to scare the Chinese, to make them feel that the wealth that they have amassed can never be safe in the region," he said to newsmen here after visiting Xinhua news agency. He arrived here yesterday for a three-day working visit.

Zainuddin said Malaysia had never marginalised its Chinese community even when there was an opportunity to do so such as in the aftermath of the May 13 incident in 1969.

"The Prime Minister then, Tunku Abdul Rahman, rejected such a notion. We have also never confiscated any assets of the Chinese community.

"Instead, we broadened their participation in the government by expanding the Alliance to form the Barisan Nasional.

"Today, Malaysia has more Chinese schools than Singapore and the newspaper with the biggest circulation in the country is a Chinese language newspaper.

"Lee Kuan Yew, on the other hand, has systematically killed Chinese culture by disallowing many Chinese practices. He also closed down Nanyang University and Ngee Ann College," he added.

Zainuddin said Lee must be congratulated for changing the Chinese identity in the island state such that it had become unrecognisable.

He called on Chinese newspapers in Malaysia not to be taken in by Lee's statement to the extent of playing up Chinese chauvinism and endangering Malaysia's racial harmony.


Zaharin mangsa pertama krisis Mahathir-Abdullah ?

Polemik di antara Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi sudah menjangkau ke tahap yang lebih tajam apabila seorang ahli Umno, Abd Zarin Mohd Yasin yang lebih dikenali sebagai Zaharin dihadapkan dengan 22 pertuduhan salahlaku dipecat, semalam (28 September 2006).

Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno yang dipengerusikan Abdullah mengambil keputusan sebulat suara memecat Zaharin yang juga bekas Setiausaha Umno Bahagian Bandar Tun Razak, kerana didapati bersalah menghina dan memburuk-burukkan parti serta pucuk pimpinannya.

Pada 21 Ogos lepas, Lembaga Disiplin Umno yang dipengerusikan Tengku Ahmad Rithaudden menghantar surat kepada Zaharin menggariskan semua pertuduhan antara lainnya mendakwa tertuduh menghantar pesanan ringkas atau SMS secara mala fide kepada ramai ahli Umno dengan tujuan memburukkan presiden parti dan menghasut ahli Umno menjatuhkan Abdullah.

Punca pemecatan

Fasal 20.8 (f) Perlembagaan Umno

"Bahawa saudara sebagai ahli Umno No, 02826894, di Cawangan Sungai Besi Pekan, di Bahagian Bandar Tun Razak telah pada atau sekitar 24 Jun 2006, jam lebih kurang 9.30 pagi bertempat di Dewan Paradise, Kelab Taman Melawati telah melibatkan diri secara langsung selaku penganjur, atas pengakuan kamu sendiri, melalui kenyataan terbuka yang ditandatangani oleh kamu sendiri di mana majlis tersebut telah disalahgunakan sebagai satu forum menjatuhkan nama baik dan maruah parti Umno amnya dan YAB Dato' Seri Presiden khususnya dan dengan demikian telah melakukan kesalahan di bawah Fasal 20.8 (f) Perlembagaan Umno yang juga pari materia dengan Perkara 1.1.6 Tataetika ahli Umno". (more)


Abd Zarin bin Mohd Yasin wrote in his blog today :


Kenyataan Media

Presiden UMNO Abdullah Ahmad Badawi dalam Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi UMNO hari ini, 29hb September 2006 telah memecat saya dari menjadi ahli UMNO atas dakwaan bahawa saya telah melanggar peruntukan Fasal 20.8 Perlembagaan UMNO dibaca bersama Perkara 1 Tata Etika ahli UMNO iaitu berkelakuan dengan tujuan menjejaskan kedudukan parti UMNO di dalam kerajaan selain menjatuhkan imej dan nama baik parti.

Saya telah dihadapkan kepada Lembaga Disiplin UMNO pada 4hb September 2006 atas 22 pertuduhan yang berkisar kepada tulisan saya yang menyentuh Abdullah Ahmad Badawi dalam blog "Sang Kelembai". Lembaga Disiplin UMNO telah bersetuju untuk mengambil tindakan agar saya dibebaskan tetapi tidak dilepaskan dari tuduhan disiplin, dan saya memberi surat aku janji supaya tidak lagi menulis perkara - perkara yang menyentuh serangan peribadi Abdullah Ahmad Badawi sebaliknya menulis bentuk kritikan kepada perkara - perkara dasar atau pandangan yang boleh membantu parti. Surat "aku janji" itu telah saya serahkan kepada Lembaga Disiplin tersebut.

Sungguhpun demikian pada bulan Ramadhan yang mubarak ini, Abdullah Ahmad Badawi telah mengumumkan pemecatan saya sebagai ahli UMNO dengan berselindung atas alasan bahawa ahli Majlis Tertinggi UMNO sebulat suara bersetuju dengan dengan keputusan pemecatan tersebut. Saya menerima pemecatan tersebut dengan terbuka dan menganggap bahawa pemecatan ini adalah satu rahmat bagi saya dari terus menyokong organisasi yang dipimpin oleh seorang Presiden yang bagi saya cenderung kepada sifat - sifat seorang "munafik"

Pemecatan itu memberi saya ruang untuk bebas dari ikatan Perlembagan UMNO bentuk baru, yang menyekat ruang untuk mengkritik dan menegur pemimpin, satu perkara yang berlawanan dengan prinsip Islam Hadhari. Ini membuktikan teguran saya bahawa konsep Islam Hadhari yang dibawa oleh Perdana Menteri kita hanya - Islam ada had dan ada hari.

Pemecatan saya juga membuktikan bahawa pemimpin UMNO tidak boleh dikritik atau ditegur dan perbuatan mengkritik kepimpinan khususnya dalam konteks ini "mengkritik Perdana Menteri " merupakan satu dosa besar dalam parti. Pemecatan ini tidak melunturkan sokongan saya terhadap UMNO kerana bagi saya, sokongan setelah saya dipecat menunjukkan komitment saya terhadap perjuangan agenda - agenda UMNO dan sokongan ini bukan sokongan yang mempunyai niat - niat perolehan tertentu. Kita tidak sepatutnya hadir dalam menyokong parti hanya untuk menuntut balasan dari parti untuk kepentingan diri sendiri tetapi kita hadir menyokong kerana kita percaya kepada idealisma dan perjuangan UMNO yang selama ini relevan untuk agama, bangsa dan negara.

Ini adalah kali kedua saya dipecat sebagai ahli UMNO dalam perkara yang sama, iaitu menegur pemimpin UMNO. Pada tahun 1996, kerana menulis berapa surat terbuka kepada Dr Mahathir Mohamed dan Anwar Ibrahim saya dipecat oleh Majlis Tertinggi UMNO dan diterima semula dalam UMNO selepas Anwar Ibrahim dipecat oleh Majlis Tertinggi UMNO pada tahun 1998.

Pemecatan ini bagi saya telah membuka ruang yang lebih luas sama ada untuk menulis, hadir dalam mana - mana majlis yang berjuang untuk membongkar pembohongan Abdullah Ahmad Badawi dan jika saya terlibat dalam mana-mana ceramah termasuk ceramah Parti Pembangkang selepas ini, ia lebih merupakan perjuangan saya bagi menghidari rakyat dari ditipu oleh Abdullah Ahmad Badawi. Saya komited untuk memastikan beliau meletakan jawatan atau disingkirkan sebagai Perdana Menteri secara demokrasi dalam pilihanraya yang akan datang. Penyingkirkan seorang Perdana Menteri bukan perkara baru. Ini pernah berlaku dalam pilihanraya 1969. Semua rakyat berbilang kaum dalam menunjukkan protes mereka, telah memberi undi kepada pembangkang sehingga memperolehi banyak kerusi Dewan Negeri dan seterusnya menguasai Pulau Pinang dan Pas kekal di Kelantan. Tindakan rakyat ini juga mengoncang kedudukan Perak dan Selangor. Begitu juga ditahun 1999, apabila seluruh rakyat Terengganu telah mengundi Pas kerana mahu menyingkirkan Wan Mokhtar Ahmad. Tidak mustahil pada pilihararaya yang akan datang rakyat Malaysia terdiri dari Melayu, China,India dan etnik lain akan mengundi parti pembangkang kerana mahu menyingkiran Abdullah Ahmad Badawi.

Saya tidak akan merayu atas keputusan tersebut dan akan hanya memohon menyertai semula UMNO setelah Abdullah Ahmad Badawi sudah tidak menjadi Presiden UMNO. Saya ingin membawa kepada satu peristiwa Saidina Ali yang tidak membunuh musuh perangnya sungguhpun musuh tersebut telah meludah kemukanya. Bila ditanya kenapa beliau tidak membunuh musuh tersebut, beliau menjawab, "bahawa aku berperang menentang musuh Allah dan aku takut kehilangan pahala kerana membunuh dia yang telah meludahku" dan sikap ini saya jadikan landasan perjuangan saya untuk terus membongkar kemunifikan pemimpin yang memperalatkan Islam.

Kepada semua ahli Majli Tertinggi UMNO, saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana sebulat suara bersetuju memecat saya dari menjadi ahli UMNO. Saya yakin ahli Majlis Tertinggi UMNO tahu dengan beradanya saya diluar UMNO, ini pasti akan memudahkan saya bergerak untuk menyegerakan kejatuhan Abdullah Ahmad Badawi. Saya komited dan tidak akan menghampakan harapan itu. Doakan saya berjaya dalam usaha ini. Saya mengungkap perutusan kemerdekaan tempoh hari :

"APA ERTI KEMERDEKAAN, JIKA TIDAK ADA KEBEBASAN. APA ERTI KEBEBASAN , JIKA TIDAK ADA PERJUANGAN. APA ERTI PERJUANGAN. JIKA TIADA PENGORBANAN. APA ERTI PENGORBANAN, JIKA TIDAK ADA KEBERANIAN. APA ERTI KEBERANIAN, JIKA TIDAK ADA KEMATIAN... dan saya sanggup mati dari berketuakan seorang Presiden Parti yang Munafik.

Sekian Terima Kasih

Senarai imbasan kertas pertuduhan boleh dilihat dalam laman www.umno-reform.com


**********

Israel Backs Off Plan to Kill Nasrallah

Israel has quietly backed off its plan to assassinate Hezbollah's leader because of the international condemnation that his killing would create, the Israeli daily Maariv reported Friday.

During the 34-day war between Israel and Hezbollah that ended Aug. 14, Israel had targeted Hassan Nasrallah for assassination, security officials said, according to Maariv.

Nasrallah went underground, though he repeatedly recorded videos from his hiding place that were broadcast on Lebanese television.

When the war ended, the army recommended that the efforts to kill Nasrallah be called off because his assassination would lead to international criticism of Israel and would ignite an even more violent war, Maariv reported.

However, the government declined to call off the hunt, the newspaper reported.

Nasrallah emerged from hiding on Sept. 22 to address a massive rally in Lebanon celebrating Hezbollah's fight against Israel. Israel army officials determined they could assassinate him with an airstrike during the rally, but dozens of bystanders also would be killed, Maariv reported.

The government decided an airstrike was not worth the risk, and accepted the army's recommendation that it should abandon efforts to kill Nasrallah for the time being, the newspaper reported. However, the government did not make a formal decision regarding Nasrallah.

Israeli government spokesman Miri Eisin declined to confirm whether Nasrallah had been a target or if he no longer was being pursued.

"We've always said that any terrorist should feel that his activities put him under our eye," she said.




1 Comments:

Blogger A Voice said...

LKY is a racist with long malice intentions on the Malays and Malaysian.

Download this Waspada Malaysia article series by a former PAP activist that was published on MalaysiaKini from the following web addrress:

http://www.savefile.com/projects/1018550

October 07, 2006 10:40 PM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home